Salam Ramadhan to all readers (baca: perasan ramai pembaca, hehe). Alhamdulillah kita masih menjadi tetamu Allah pada Ramadhan tahun ini. Gunakan peluang sebaik mungkin bagi mendapatkan sebanyak mungkin keampunan dan terfemes adalah Lailatul Qadar.
Oleh kerana lama tak apdet, makanya campo2 cerita lah.
Ular
Satu hari di atas katil Azeem, kami sembang anak beranak...
Aku : Azeem ni kurus la..tengok ni, tulang, tulang, tulang...
sambil tangan aku tunjuk2 kat tangan, siku dan
jari2 dia yang nampak tulang). Azeem kena makan banyak, baru ade isi.
**Azeem mengiyakan saja.
Aku : Azeem nak tau, ular takde tulang. Tu sbb dia baring je.
(baca: sekadar nak sembang panjang dengan Azeem).
Azeem : Emmm..Nanti Azeem makan banyak2 bu, sume jadi isi (sambil tangan tunjuk2 kat tulang2 tadi), takde tulang dah, azeem jadi ular....hehe(mukanya innocent saja)
**Erk..hhmmm..ade kene mengene juga contoh ular tadi...
Tanah
Aku kalau jumpa nenek, mesti aku hulur duit belanja. Bukanlah banyak, just menggembirakan hati dia.
Satu hari,
Nenek : Yop, tolong belikan nenek tanah. (sambil hulur duit dua puloh ringgit.
**Yop adalah adik aku yang keempat.
Yop : Apa nek beli tanah dua puloh ringgit? Orang paling kurang 20 ribu ke...(sambil gelak2)
Nenek : Aku belum habis cakap. Belikan nenek tanah tanam pokok. aku nak tanam ulam, bunga...dua puluh ringgit je kan?(sambil gelak2 juga)
Nabi
Malam tu Buletin Utama melaporkan berita pembunuhan haiwan perosak buah-buahan seperi tupai dll yang aku pun tak leh recall apa. Pembunuh yang merupakan anggota RELA, bangga pula dengan kematian haiwan tersebut.
Dengan spontan,
Aku : Kenapalah bunuh, kesian binatang2 tu. Kalau bagi ubat pelali, kan lebih elok, pahtu hantar kat zoo. Semua makhluk yang Allah jadikan ada fungsinya. Kalaupun ia makan buah, mungkin ada tindakan simbiosis ke, melengkapi ekosistem ke..teruk betul diorang ni, kejam...
Athirah : Huiii..ibu macam Nabi Muhammad la...(tiba2 along bagi komen sambil senyum2).
Aku : Haaa? Macam Nabi? (Nak tergelak besar aku sambil tersipu-sipu malu. Sungguh besar perbandingan yang Athirah bagi aku ni).
Athirah : Yelah, ibu kan sayang binatang, nabi Muhammad pon sayang binatang. Kan ibu ada cite dulu...sama lah ibu dengan nabi..
Masa tu aku rasa sangat geli hati tetapi bersyukur sebab cerita-cerita nabi, teladan dan sejarah2 Islam hebat yang aku cerita padanya telah dapat dia digest dengan cukup sempurna pada aku oleh seorang yang hanya berumur 6 tahun. Alhamdulillah...
Aku : Along, nabi Muhammad memang wajib kita jadikan ikutan/ idola, dan ibu rasa ibu belum sampai sama dengan nabi yang agung tu...and blablablabla...(the talking will be on and on throughout her life. InsyaAllah, selagi ada daya memberitahu dan mendidik).
Doa
Satu malam lepas maghrib, aku sakit perut belah kanan. Sakit yang teramat. Nak kata apendik, aku try angkat kaki kanan, boleh aja. Masa tu dah risau sungguh. kalau sakit belah kiri, the pain must come from the stomach, kalau sakit belah kanan, apa lagi kalau bukan apendik.
Takut kene operate ke, takut mati lagi..tambah pulak ramai yang meninggal time Syaaban ni kan (baca: Yasmin Ahmad, Ustaz Asri dan lain2 lagi)..celaru betul aku masa tu. Minyak angin cap kapak and cap Yu yee tu dah tebal lah sapu kat perut. Doa tak berenti..
Aku : Along, tolong doakan sakit perut ibu hilang ya. Doa budak kecik Allah makbulkan segera sebab along takde dosa lagi.
**Along okey saja.
Esok pagi alhamdulillah..tak sakit perut dah...aku lega yang teramat.
Aku : Alhamdulillah along, ibu dah sihat. Allah dengar doa along untuk ibu semalam. (aku puji2 dia).
Athirah : Ye ke bu? Allah dengar doa along? Walaupun along selalu buat ibu marah? Along buat macam2 akal? Allah dengar juga?
Budak2 kecik memang jujur.
Aku : Ya along, Allah dengar. Sebab along budak kecik, takde dosa lagi. Senang la doa along diangkat kepada Allah. (sambil aku usap2 kepala dia. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dia boleh relate kan kuasa berdoa memohon kepada Allah dalam kehidupan sehariannya. Konsep didikan Khalifah menunjukkan kejayaannya sedikit demi sedikit).
Friday, August 21, 2009
Campo2.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

4 komen:
anda di TAG sila layari
http://nhayatiz.blogspot.com/2009/08/tag-handbag-from-teacher-zara.html
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/
Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors
Post a Comment