Friday, August 21, 2009

Campo2.......

Salam Ramadhan to all readers (baca: perasan ramai pembaca, hehe). Alhamdulillah kita masih menjadi tetamu Allah pada Ramadhan tahun ini. Gunakan peluang sebaik mungkin bagi mendapatkan sebanyak mungkin keampunan dan terfemes adalah Lailatul Qadar.

Oleh kerana lama tak apdet, makanya campo2 cerita lah.

Ular

Satu hari di atas katil Azeem, kami sembang anak beranak...

Aku : Azeem ni kurus la..tengok ni, tulang, tulang, tulang...
sambil tangan aku tunjuk2 kat tangan, siku dan
jari2 dia yang nampak tulang). Azeem kena makan banyak, baru ade isi.

**Azeem mengiyakan saja.

Aku : Azeem nak tau, ular takde tulang. Tu sbb dia baring je.
(baca: sekadar nak sembang panjang dengan Azeem).

Azeem
: Emmm..Nanti Azeem makan banyak2 bu, sume jadi isi (sambil tangan tunjuk2 kat tulang2 tadi), takde tulang dah, azeem jadi ular....hehe(mukanya innocent saja)

**Erk..hhmmm..ade kene mengene juga contoh ular tadi...

Tanah

Aku kalau jumpa nenek, mesti aku hulur duit belanja. Bukanlah banyak, just menggembirakan hati dia.

Satu hari,

Nenek : Yop, tolong belikan nenek tanah. (sambil hulur duit dua puloh ringgit.

**Yop adalah adik aku yang keempat.

Yop : Apa nek beli tanah dua puloh ringgit? Orang paling kurang 20 ribu ke...(sambil gelak2)

Nenek : Aku belum habis cakap. Belikan nenek tanah tanam pokok. aku nak tanam ulam, bunga...dua puluh ringgit je kan?(sambil gelak2 juga)


Nabi

Malam tu Buletin Utama melaporkan berita pembunuhan haiwan perosak buah-buahan seperi tupai dll yang aku pun tak leh recall apa. Pembunuh yang merupakan anggota RELA, bangga pula dengan kematian haiwan tersebut.

Dengan spontan,

Aku : Kenapalah bunuh, kesian binatang2 tu. Kalau bagi ubat pelali, kan lebih elok, pahtu hantar kat zoo. Semua makhluk yang Allah jadikan ada fungsinya. Kalaupun ia makan buah, mungkin ada tindakan simbiosis ke, melengkapi ekosistem ke..teruk betul diorang ni, kejam...

Athirah : Huiii..ibu macam Nabi Muhammad la...(tiba2 along bagi komen sambil senyum2).

Aku : Haaa? Macam Nabi? (Nak tergelak besar aku sambil tersipu-sipu malu. Sungguh besar perbandingan yang Athirah bagi aku ni).

Athirah : Yelah, ibu kan sayang binatang, nabi Muhammad pon sayang binatang. Kan ibu ada cite dulu...sama lah ibu dengan nabi..

Masa tu aku rasa sangat geli hati tetapi bersyukur sebab cerita-cerita nabi, teladan dan sejarah2 Islam hebat yang aku cerita padanya telah dapat dia digest dengan cukup sempurna pada aku oleh seorang yang hanya berumur 6 tahun. Alhamdulillah...

Aku : Along, nabi Muhammad memang wajib kita jadikan ikutan/ idola, dan ibu rasa ibu belum sampai sama dengan nabi yang agung tu...and blablablabla...(the talking will be on and on throughout her life. InsyaAllah, selagi ada daya memberitahu dan mendidik).

Doa

Satu malam lepas maghrib, aku sakit perut belah kanan. Sakit yang teramat. Nak kata apendik, aku try angkat kaki kanan, boleh aja. Masa tu dah risau sungguh. kalau sakit belah kiri, the pain must come from the stomach, kalau sakit belah kanan, apa lagi kalau bukan apendik.

Takut kene operate ke, takut mati lagi..tambah pulak ramai yang meninggal time Syaaban ni kan (baca: Yasmin Ahmad, Ustaz Asri dan lain2 lagi)..celaru betul aku masa tu. Minyak angin cap kapak and cap Yu yee tu dah tebal lah sapu kat perut. Doa tak berenti..

Aku : Along, tolong doakan sakit perut ibu hilang ya. Doa budak kecik Allah makbulkan segera sebab along takde dosa lagi.

**Along okey saja.

Esok pagi alhamdulillah..tak sakit perut dah...aku lega yang teramat.

Aku : Alhamdulillah along, ibu dah sihat. Allah dengar doa along untuk ibu semalam. (aku puji2 dia).

Athirah : Ye ke bu? Allah dengar doa along? Walaupun along selalu buat ibu marah? Along buat macam2 akal? Allah dengar juga?

Budak2 kecik memang jujur.

Aku : Ya along, Allah dengar. Sebab along budak kecik, takde dosa lagi. Senang la doa along diangkat kepada Allah. (sambil aku usap2 kepala dia. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dia boleh relate kan kuasa berdoa memohon kepada Allah dalam kehidupan sehariannya. Konsep didikan Khalifah menunjukkan kejayaannya sedikit demi sedikit).

Saturday, July 25, 2009

Mesej dari Sana.......

Ini adalah kisah benar.

Kawan sekerjaku baru saja kematian ibu tercinta. Alhamdulillah ibunya meninggal pada pagi Jumaat di bulan Rejab selepas menderita barah perut hampir setahun. Aku menjadi semakin rapat dengannya kerana berkongsi cerita tentang barah.

Malam esoknya selepas dikebumikan, adik yang paling rapat dengan ibunya bermimpikan kakaknya itu.

"Akak macam mana kat sana, ok ke?"

"Akak kat bawah ni mula2 takut..sunyi. Kat bawah ni ada dua lorong. Satu lorong untuk orang2 kafir & org islam yang banyak dosa dan satu lagi lorong untuk ke syurga".

**Sesungguhnya kubur itu adalah terdiri daripada dua lubang, samada lubang syurga atau lubang neraka.**

"Habis tu, akak ok ke?" tanya adiknya lagi, risau dan masih sedih dengan pemergian kakaknya itu.

"Akak ok, kenyang. Kat sini orang kafir makan teruk sangat. Makanannya sangat teruk, tak boleh akak nak gambarkan dik".

**Sesungguhnya makanan ahli kubur adalah doa dan bacaan al-quran yang disedekahkan oleh warisnya**

Sejurus kemudian, adiknya terjaga daripada tidur dan menceritakan hal ini kepada anak buahnya. Alhamdulillah, dengan linangan air mata, kawan aku tau bahawa doa dan bacaan al-qurannya sampai kepada ibunya.

Seminggu kemudian di opis, kawan aku membacakan surah Yassin utk ibunya. Sambil membaca yassin, dia menangis tersedu sedan merindui ibunya. Di dalam hati berulangkali menyebut dirinya rindu benar pada ibunya.

Dengan tidak semena-mena matanya menjadi sangat berat dan mengantuk. Dia akhirnya tertidur. Dalam tidor yang sesingkat 15 minit itu, kawanku melihat ibunya bersama ramai orang yang berpakaian putih, seakan-akan ingin bergerak ke suatu majlis. Tempatnya seperti di dalam mahligai besar, ada tangga berlingkar besar di tengah ruang seperti tangga di dalam rumah org kaya filem hindi (baca:rumah Mr Oberoi krn selalunya dlm filem hindi, Oberoi itu seorang yg tersangat kaya dan femes).

"Mengapa menangis?" ibunya bertanya.

"Long rindu mak". kata kawanku sambil menangis.

"Kan nabi kata jangan meratapi pemergian orang yang meninggal, tak baik dan membuatkan mereka terseksa nanti" kata ibunya lagi.

"Mak sayang Long? Mak maafkan Long?" tanya kawanku bertalu-talu sambil air mata makin lebat menuruni pipinya.

Ibunya mengangguk dengan setiap pertanyaan anaknya dan memeluknya dengan kejap dan hangat. Kawanku tiba2 terjaga dari tidur sambil menggigil seram sejuk. Masya Allah, permintaan hatinya telah didengari Allah.

Semalam pula, makciknya pula bermimpikan ibunya.

"Kau tolong tengok-tengokkan anak2 ku, dik. Mereka dah tiada mak. Pesan aku, jangan mengumpat" Itu pesan emaknya.

Ya Allah, mengapa berpesan jangan mengumpat? Adakah ibunya telah melihat azab orang yang mengumpat? Sesungguhnya ada 7 azab neraka dan yang teratas sekali adalah bagi mereka yang mengumpat dan mengadu domba. Astaghfirullah..teringat diri sendiri yang selalu bersembang dengan orang tentang anu si anu, polan si polan.

Masya Allah, menggigil aku mendengar ceritanya dan dosa mengumpat itu hanya akan terampun oleh org yang kita umpatkan. Allah tidak masuk campur akan urusan keampunannya. Setiap apa yang kita umpatkan, pahala kita akan pergi kepada orang yang kita umpatkan. Jangan nanti timbangan amal kebaikan kita bernilai negatif kerana dipindah ke akaun orang lain. Astaghfirullah.

Masya Allah, kami sama-sama beristighfar dan memohon maaf kepada semua rakan taulan dan ahli keluarga sempena Rejab dan Syaaban yang baru tiba.

Hidayah telah tiba buat kawanku itu. Aku sangat2 bersyukur ya Allah. Doaku telah dimakbulkan.

Tuesday, July 21, 2009

Quit playing games with my heart…

N3 kali ni adalah respon kepada n3 yang dibuat oleh Yati. Saja nak tulis pengalaman sendiri. Orang kata cinta kalau bertepuk sebelah tangan takkan menjadi..memang betul sangat and I believe in that.

Bercinta dengan suami orang is another story..Aku dulu masa first year of studying, baru 19 tahun..kalau nak dibandingkan dengan student nowadays, jauh beza lah. Nak dijadikan cerita, aku mula chatting when I was in college. Masa tu memang hangat chatting and in fact my husband is my chatting’s fren..hehe. So, adalah chat dengan sorang lelaki yang aku bagi nama Im, mengaku single and have a good position in the company. Well as a student, for me, I like matured man and someone who is established in his career. Senang kalau dah hangat bercinta, tak yah tunggu lama boleh terus kahwin, maklum saja ekonomi dah stabil. Haha.. Umur Im sepuluh tahun lagi tua dari aku dan sebagai mengikut sunnah Nabi, elok berkahwin dengan lelaki yang umurnya lebih 10 tahun..well..another hahaha...

Kami berkawan baik selama setahun, tak pernah jumpa, just exchanging photos and sembang thru chatting. But with a year of friendship, I could say that I believe in him, with strong data of background, dia lah most eligible bachelor, nice person and good looking or should I say, kalau bawak jalan tu takde la malu kan..hehe..
Tiba masanya that I want to meet him and really want to see in real life the person that I befriend for a year..I also could not believe that I can make such a commitment with someone that I have never seen..could not imagine la wei..

Then, aku ajak dia jumpa and that he started to give so much excuses…Argue punya argue, why cannot, why don’t have time, why don’t want to meet me???..Taaaadaaaaa………….HE IS MARRIED but not happy..

Owh...aku selama ni membuatkan seorang ayah kepada dua orang anak; a prince and a princess bersembang dengan aku thru the internet, every night (baca: malam je ade masa, siang sibuk kuliah and he is working anyway) for so many hours.

At this point of time, I asked him so many questions why this, why that, why tipu, why do this to ur femli and blablabla..He said that his wife is family arrangement, because he is too busy working, just broke up and teruk gila patah hati dan mereka hidup tanpa cinta..Haaaa???? What the heck is no love? With the two really innocent doter and son? Cet…pigi dah..

I emailed Im with very short notes; “Im, quit playing games with my heart”. Aku memang tak sanggup and I keep saying that I will meet someone who is much better than Im and I met my husband.